Kerajaan Minta Pengguna Lapor Segera Jika Terbeli Telur Tiruan

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta pengguna yang terbeli telur dipercayai tiruan supaya membuat aduan segera supaya siasatan terperinci dan tindakan boleh dilakukan, kata timbalan menterinya Datuk Tan Lian Hoe.

Katanya pihaknya sukar mengenal pasti sama ada telur ayam yang berada dalam pasaran itu palsu atau tulen dan mustahil bagi pihaknya merampas semua bekalan telur.

Oleh itu, adalah penting bagi pengguna yang membeli telur yang disyaki tiruan supaya membuat laporan segera, katanya kepada pemberita selepas berdialog bersama anggota Persatuan Pekedai Barang-Barang Runcit negeri Perak di sini, Sabtu.

Tan berkata berkata antara ciri-ciri telur tiruan ialah saiznya agak besar daripada telur tulen, kulitnya lebih cerah dan tidak licin.

Katanya pihak yang menjual telur tiruan itu boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 di mana jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau tiga tahun penjara, atau kedua-dua sekali.

Katanya pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyiasat serta membendung kegiatan menjual barang makanan tiruan yang mungkin didalangi oleh sindiket tertentu atau diimport dari luar negara.

Rabu lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan