Kerajaan Komited Sediakan Prasekolah Secukupnya, Kata Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan komited untuk menyediakan kemudahan prasekolah yang secukupnya bagi kanak-kanak di seluruh negara dalam masa dua tahun.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata setakat ini kerajaan berjaya menampung kira-kira 72 peratus daripada keseluruhan keperluan prasekolah dan ia akan ditambah secara berperingkat.

"Ia akan dinaikkan kepada hampir 82 peratus pada tahun hadapan, dan dilanjutkan sampai 100 peratus supaya anak-anak kita yang ke prasekolah dapat disediakan kemudahan seperti ini," katanya semasa berucap sebelum melancarkan 12 pusat prasekolah Sedidik SEDC di Rumah Panjang Sait, Tatau dekat sini, Sabtu.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan geran di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bernilai RM5.2 juta kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi membangunkan 30 buah prasekolah di seluruh negeri Sarawak.

Beliau turut menyerahkan kunci replika kepada wakil 12 buah prasekolah yang baru siap dibina di bawah Program Sedidik Kementerian Pelajaran dan juga SEDC.

Selain itu, Muhyiddin turut menegaskan bahawa pendidikan awal di peringkat prasekolah ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, malah beliau juga menerima arahan supaya membina prasekolah sebanyak yang mungkin di seluruh negara.

"Bagi anak-anak tuan-tuan, kita sudah kira berapa sekolah kita kena bangunkan. Lahir sahaja di dunia kita harus sediakan sekolah dan kita nak mulakan dengan prasekolah supaya anak-anak kita ini walaupun kecil dia sudah pandai baca dan kira," katanya.

Bagaimanapun, katanya bagi tujuan peningkatan taraf hidup melalui pendidikan, usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi tanpa usaha ibu bapa dan masyarakat.

"Yang penting ialah peranan ibu bapa, tentunya usaha kerajaan dapat membantu, tetapi lebih penting ialah usaha ibu bapa untuk sama-sama terlibat dalam pendidikan anak-anak, dan ini ialah jaminan masa depan mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan