Calon BN Batu Lintang Yakin Ubah Sentimen Pengundi

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang, Sih Hua Tong yakin dapat mengubah sentimen pengundi terhadap parti itu menjelang hari pengundian pada 16 April depan.

Katanya, melalui kerja kuat dan usaha berterusan, rakyat pastinya akan sedar dan akhirnya memilih BN yang diyakini serta terbukti dapat membela nasib rakyat.

"Bagi pihak saya kena kerja lebih kuat lagi sebab walaupun sokongan terhadap kita (BN) ada, kita mesti teruskan tanpa rasa berpuas hati," katanya ketika ditemui sewaktu bersarapan bersama pengundi di sini, Sabtu.

Pada pilihan raya ke-10 nanti, kerusi Batu Lintang menyaksikan saingan tiga penjuru antara Sih, serta calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), See Chee How dan seorang calon Bebas, Soo Lina.

Kerusi bekenaan sebelum ini disandang wakil rakyat DAP, Voon Lee Shan yang memenangi pilihan raya 2006 menewaskan calon BN, Chan Seng Khai dengan majoriti 3,407 undi.

Bagaimanapun kerusi berkenaan beralih parti antara PKR dan DAP apabila DAP diberikan peluang bertanding di DUN Padungan yang sebelum ini disandang Dominique Ng Kim Ho daripada PKR.

Mengulas lanjut, Sih yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, rakyat sedar bahawa mereka tidak mempunyai masa depan yang baik sekiranya mengundi sebuah parti yang mempunyai banyak masalah dalaman dan juga konflik kepimpinan.

"Antara mereka juga ada banyak dilema, jadi saya fikir rakyat sudah boleh nampak.

"Mereka asyik nak gaduh sahaja, mana ada masa nak bekerja untuk rakyat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan