Pembangkang Lancar Manifesto Pilihan Raya S'wak

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) adalah antara janji Pakatan Rakyat Sarawak bagi pilihan raya negeri itu yang dilancarkan pada Jumaat.

Manifesto yang menggariskan sepuluh teras utama itu antara lain turut menegaskan kesungguhan Pakatan Rakyat Sarawak untuk mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoalkan sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.

Pelancaran manifesto dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Iban, Cina dan Inggeris itu merupakan usaha Pakatan Rakyat Sarawak bagi merampas pentadbiran kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN).

Hadir sama dalam pelancaran serentak itu ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili PAS.

Pada sidang media semasa pelancaran berkenaan, Wan Azizah berkata, sepuluh teras manifesto berkenaan adalah selari dengan hasrat dan kemahuan rakyat Sarawak.

Menurutnya, Sarawak di bawah pentadbiran kerajaan BN telah menjadikan rakyat di negeri itu antara yang termiskin di Malaysia.

"Ini adalah tawaran terbaik yang kita berikan kepada rakyat Sarawak, kami yakin sudah sampai masanya rakyat mahukan perubahan terhadap kehidupan mereka," katanya.

Sepuluh Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak adalah seperti berikut;

1) Kebebasan kepercayaan.

2) Pentadbiran yang baik.

3) Reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera.

4) Pembasmian kemiskinan.

5) Hubungan Persekutuan-negeri.

6) Sarawak yang lebih maju.

7) Layanan adil kepafda semua rakyat Sarawak.

8) Kebudayaan dan pendidikan.

9) Hak wanita.

10) Melabur dalam masa depan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan