Pakatan Rakyat Umum Calon KM - Berita Semasa | mStar

Pakatan Rakyat Umum Calon KM

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian bakal dipilih sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya negeri yang ke-10 pada 16 April depan.

Perkara itu dipersetujui sebulat suara oleh ketiga-tiga gabungan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, persetujuan berkenaan dibuat berdasarkan persefahaman bahawa parti yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak akan memimpin kerajaan negeri.

"Pakatan Rakyat bersetuju bahawa parti yang mempunyai jumlah kerusi yang tinggi (dalam Dewan Undangan Negeri) akan dipilih sebagai Ketua Menteri.

"Jadi memandangkan Baru adalah pemimpin Sarawak, jadi beliau dicadangkan untuk jawatan berkenaan...bagaimanapun perbincangan lanjut mengenainya akan dibuat," katanya pada sidang media sewaktu pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Sarawak di sini, Jumaat.

Pada pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat bertanding di semua kerusi kecuali di kawasan DUN Pakan dan Marudi.

PKR bertanding di 49 kawasan diikuti DAP mempertaruhkan nasib di 15 kawasan sementara PAS meletakkan wakil mereka di lima kerusi.

Baru Bian bertanding di DUN Ba'kelalan menentang calon baru Barisan Nasional (BN), Willie Liau.

Selain itu, Setiausaha DAP Sarawak, Chong Cheing Jen berkata, pendirian untuk memberi laluan kepada PKR menjadi Ketua Menteri dibuat sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan di Sarawak.

"Pendirian DAP jelas, kalau Pakatan berjaya membentuk kerajaan, Baru akan menjadi Ketua Menteri yang baru...itu pendirian kita," katanya lagi.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan