Malek Noor Dibenar Keluar Hospital Selepas Lapan Hari Terima Rawatan

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor pada Khamis dibenarkan pulang selepas lapan hari menjalani rawatan di Hospital Pantai Ipoh (HPI) di sini sejak 30 Mac lepas.

Abdul Malek Mohd Noor, 54, ketika ditemui pemberita di HPI di sini hari ini menasihati rakyat Malaysia terutamanya yang sudah mencecah usia 50 tahun ke atas supaya kerap menjalani pemeriksaan jantung setiap empat hingga enam bulan sekali bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

"Bekas atlet juga digalakkan berbuat demikian supaya kejadian yang terjadi ke atas saya tidak terjadi kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di HPI di sini, Khamis.

Beliau yang dibawa pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur dengan diiringi dua jururawat menaiki ambulans, dinasihati berehat selama sebulan selain dilarang melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan tahap kesihatannya.

Lagenda jaguh bina badan itu juga melahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu memberi kata semangat dan mendoakannya, serta kepada penyokongnya di serata Asia Tenggara.

"Peminat saya dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Singapura, Brunei dan semua, saya ucapkan terima kasih kerana membantu saya," katanya.

Malek turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pakar perubatan jantung HPI, Dr Wahid Abdul Latif dan Dr Chan Chong Guan, termasuk kakitangan HPI yang banyak bertungkus lumus berusaha supaya beliau kembali pulih seperti sedia kala.

"Kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) serta individu yang melawat saya sepanjang tempoh saya ditempatkan di hospital ini, sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi mereka," katanya.

Malek dimasukkan ke HPI selepas mengalami sesak nafas akibat serangan jantung semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak, di sini pada malam tersebut.

Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya stabil.

Perlawanan itu berjaya mengumpul RM10,000 untuk disumbang kepada tabung Yakeb dengan menemukan pasukan pilihan Menteri Besar Perak dengan pasukan Lagenda Negara dengan dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti K. Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukor Salleh dan Bakri Ibni. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan