Jangan Samakan Kes Penolong Pengarah Kastam Dengan Teoh Beng Hock, Kata KPN

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang menyamakan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed dengan kes Teoh Beng Hock.

"Kedua-dua kes ini adalah berbeza dari segi faktanya. Jadi saya rasa tak boleh buat satu kesimpulan seolah-olah ada perkara yang tidak betul berlaku dalam kes ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Serdang sempena memperingati Hari Polis ke-204, dekat sini, Khamis.

Mengulas kes Ahmad Sarbani yang ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane semalam, Ismail berkata polis perlu diberikan kepercayaan untuk menyiasat kes itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

"Kita ada proses siasatan, proses pendakwaan dan perbicaraan; jadi biarlah proses ini berjalan dulu. Hormati sistem yang ada dalam negara; hormati kepada proses perundangan. Maka kebenaran akan diketahui akhirnya," katanya.

Ismail berkata polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu termasuk mengkaji keputusan bedah siasat yang diperolehi dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Saya tidak boleh dedahkan lagi keputusannya (bedah siasat), tunggu dulu. Apa yang boleh saya katakan ialah bedah siasat berjalan lancar, pemeriksaan di tempat kejadian dah dibuat termasuk berjumpa dengan saksi-saksi," katanya.

Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, namun beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Beliau dikatakan hadir ke pejabat SPRM itu semalam untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

Beng Hock pula ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan di bangunan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan