Identiti Murid Sekolah Harapan Jasin Melaka Tak Akan Didedahkan

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Sekolah Harapan di Jasin, Melaka - bagi kes remaja hamil luar nikah - tidak perlu bimbang dengan identiti mereka akan terbongkar - kerana segala maklumat adalah dirahsiakan.

Menurut Pengerusinya, Datuk Abdul Rahaman Abdul Karim, pihak sekolah juga tidak akan mengeluarkan sebarang pengesahan kepada mana-mana pihak terutamanya selepas pelajar itu keluar bagi mengelakkan mereka daripada diaibkan.

Katanya, pihak Sekolah Harapan hanya akan melepaskan maklumat-maklumat pelajar itu sekiranya diminta oleh pihak polis dan Jabatan Agama Islam Melaka untuk tindakan perundangan sahaja.

“Tanggungjawab kami ialah untuk memastikan siibu dapat terus mengikuti pelajaran dan dalam masa yang sama, melahirkan bayi yang dikandung dengan selamat dan sempurna.

“Ini bukan sahaja dapat membendung gejala buang dan membunuh bayi yang tidak berdosa malah ia turut memberi harapan baru kepada remaja menjalani kehidupan normal selepas itu,’’katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, baru-baru ini.

Mengenai pelajar yang tinggal di Sekolah Harapan dan ingin berkahwin dengan pasangannya, Abdul Rahaman menjelaskan, pihaknya sedia membantu selepas bayi tersebut dilahirkan namun ia tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Bagaimanapun, yang menjadi masalah sekarang ialah terdapat kes yang mana kami gagal mengesan pasangan lelaki disebabkan oleh pelbagai faktor.

"Jika ini terjadi, ibu bapa pelajar perempuan akan memikul tanggungjawab menjaga anak dan cucu mereka. Kami hanya menjaga dan memberikan pendidikan kepada pelajar sehingga kandungan mereka dilahirkan. Selepas itu, menjadi hak pelajar dan keluarga mereka menentukan kehidupan dengan iltizam baru,'' ujarnya lagi.

Pun begitu, tegas beliau, masyarakat tidak harus meletakkan tanggungjawab menangani isu ini ke atas bahu pihak sekolah semata-mata kerana langkah pencegahan di peringkat awal usia remaja perlu diberikan perhatian oleh setiap lapisan masyarakat.

Rumah serta sekolah ini yang dibuka sejak September tahun lalu kini menempatkan 34 pelajar. Seramai 25 bayi telah dilahirkan sejak itu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan