Pembangkang Bukan Alternatif Kepada Rakyat Sarawak - Najib

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANTUBONG: Pembangkang tidak mampu menjadi alternatif yang meyakinkan kepada rakyat Sarawak untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kegagalan mencapai persefahaman antara parti pembangkang hingga menyebabkan pertembungan sesama sendiri di beberapa kerusi pada pilihan raya Sarawak menunjukkan mereka tidak boleh mencapai kata sepakat sebelum pun diberi peluang memerintah negeri.

"Amat jelas persefahaman yang mereka harapkan sudah berkecai kerana terlalu banyak kawasan ditandingi lebih daripada satu parti (pembangkang).

"Ini bererti pembangkang khususnya di Sarawak memang tidak sekata, ia tidak menggambarkan suatu alternatif yang dapat meyakinkan rakyat Sarawak.

"Jangan cakap nak tubuh kerajaan, dalam pembangkang pun sudah bertelagah antara satu sama lain dari segi pembahagian kerusi," katanya.

Mengulas mengenai pertanding pada pilihan raya negeri ke-10 melibatkan 213 calon bagi merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Najib berkata BN sudah menjangkan mengenai saingan sengit berkenaan.

Bagaimanapun katanya yang juga Pengerusi BN, kehadiran lebih ramai calon itu memberi faedah kepada BN apabila bakal berlaku pecah undi terhadap calon pembangkang.

"Kita sudah menjangkakan pilihan raya ini akan menjadi sengit kerana parti pembangkang akan cuba mengatur satu barisan yang boleh memberi tentangan kepada BN.

"Namun bagi kita, lebih ramai lebih baik sebab ini bererti bahawa mereka akan berpecah dan undi mereka tak akan bertumpu kepada satu calon," katanya.

Diminta mengulas mengenai sokongan pengundi Cina, Najib berkata tumpuan perlu diberikan bagi menarik sokongan golongan pengundi berkenaan.

"Banyak lagi masih perlu kita lakukan di mana sentimen mungkin berbeza.

"Tapi kalau mereka berfikir secara rasional, apa yang penting ialah mereka memerlukan sebuah kerajaan yang dapat menentukan kestabilan politik dan dapat menentukan bahawa dasar-dasar dan program kita dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan