Najib Diberi Sambutan Mesra Semasa Tinjauan Di Padungan

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan mesra oleh penduduk semasa beliau tiba di pusat perdagangan Padungan pagi Khamis untuk memulakan tinjauan mesra dari "White Cat", mercu tanda terkenal bandar raya ini.

Ketibaan beliau disambut dengan laungan 1Malaysia oleh penduduk yang memenuhi kawasan itu dan laungan itu terus bergema apabila perdana menteri berjalan di kaki lima deretan kedai di situ untuk beramah mesra dengan pemilik kedai dan orang ramai.

Najib, yang tiba di sini petang semalam, turut menyertai orang ramai di pusat rekreasi dan medan selera Song Kheng Hai untuk menikmati juadah tempatan seperti "bongkol", kuih yang diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula nipah yang dibungkus dalam daun.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut bersembang dengan calon-calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya negeri 16 April ini di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, Sim Kiang Chiok dan DUN Batu Lintang, Sih Hua Tong, yang mengiringi beliau dalam tinjauan mesra itu.

Sementara itu, pemilik gerai Padungan Belacan Bee Hoon yang hanya dikenali sebagai tauke Chow berkata beliau amat berbesar hati atas kesudian Perdana Menteri melawat ke medan selera itu dan malahan menimbangkan untuk menukar nama gerainya sebagai Najib's Corner.

Beliau merupakan antara 36 pengusaha gerai yang beroperasi di situ apabila dibuka pada 1995 oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Najib turut meninjau keadaan dan melawat penghuni di pangsapuri MBKS termasuk mengunjungi Simi Ayur, 65, yang lumpuh dari pinggang ke bawah.

"Saya amat terharu sebab tidak pernah Perdana Menteri datang ke rumah saya," kata bapa tiga anak itu, yang terlibat dalam kemalangan 13 tahun lepas semasa bekerja sebagai pemandu lori.

Simi, yang menerima bantuan kebajikan RM300 sebluan berkata beliau turut memaklumkan kepada Najib mengenai hasratnya mendapatkan bantuan kerajaan untuk membina sebuah rumah di tanah miliknya di Jalan Batu Kawah, di sini di bawah projek perumahan rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan