Mekanik Rayu Bantu Anak Koma Sejak Februari

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHRU: Seorang mekanik di sini hari ini merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos penjagaan dan rawatan anaknya yang kini koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Feb lepas.

Koh Choon Han, 61, berkata pendapatannya sekitar RM1,000 sebulan tidak mencukupi bagi membeli lampin pakai buang, ubat dan susu khas untuk anak lelakinya itu yang memerlukan kos penjagaan RM1,500 setiap bulan.

Koh Lin Wen, 19, kini terlantar di katil khas selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 12 Feb lalu di Kubang Kerian di sini.

"Anak saya ini koma selama beberapa minggu dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Semua perbelanjaan terpaksa diurus keluarga, saya berharap orang ramai dapat membantu saya," kata Koh di rumahnya di Jalan Pasir Puteh di sini, Khamis.

Isteri beliau, Koe Kam Huwai, 57, berkata sejak kemalangan, anaknya itu juga sukar untuk bertutur dan kadang kala seperti hilang ingatan dan berkelakuan seperti kanak-kanak kecil.

Ketua MCA Bahagian Kota Baharu, Tan Ken Ten, yang melawat keluarga itu hari ini berkata MCA telah menderma sebanyak RM4,000 hasil sumbangan orang ramai dan akan cuba memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Koh.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Koh Choon Han di nombor 0199597743 atau di alamat Lot 1146 D, Batu 1/4, Jalan Pasir Puteh, 16150 Kubang Kerian, Kota Baharu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan