Kastam Syor Kerajaan Tubuh Badan Penasihat Untuk Pantau Prestasi Jabatan

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan penasihat kastam yang berfungsi untuk memantau prestasi jabatan itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohamed Khalil Yusuf berkata badan itu dicadang supaya dianggotai tokoh-tokoh masyarakat termasuk di bidang akademik, korporat, perniagaan dan politik, yang bertindak menasihat dan memberi teguran yang perlu untuk menambahbaik jabatan itu daripada semasa ke semasa.

Beliau berkata cadangan penubuhan badan penasihat itu adalah antara strategi jangka pendek yang diputuskan hasil Mesyuarat Pengarah Kastam Se Malaysia ke-65 di Tasik Kenyir, Hulu Terenggganu pada 4 hingga 6 April lepas, dalam usaha menambah baik dan meningkatkan kembali integriti jabatan.

"Dalam mesyuarat kali ini kami meneliti draf pindaan undang-undang Akta Kastam 1967 dan akta-akta berkaitan dengan jabatan ini yang dianggap sudah tidak lagi sesuai serta boleh menyumbang kepada penyelewengan.

"Hasilnya, kami (cadangkan) pinda 82 undang-undang sedia ada dan menambah 49 peruntukan baru, yang akan dikemukakan kepada kementerian untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk dipertimbangkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, semalam.

Mohamed Khalil berkata kajian untuk meminda akta yang dianggap lapuk dan perlu penambahbaikan itu sudah lama dilakukan dan ia tiadak kaitan dengan dengan penahanan 63 kakitangan jabatan Kastam termasuk pegawai kanan bergelar Datuk dalam Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata dalam mesyuarat kali ini juga Jabatan Kastam memutuskan untuk membangunkan sistem yang dikenali sebagai e-Rotation atau e-Perkhidmatan di mana pegawai kastam yang bertugas akan ditukarkan ke tempat baru mengikut penentuan secara elektronik.

Selain itu, katanya Jabatan Kastam juga bersetuju untuk menjadikan unit tataterbit jabatan itu sebagai badan pemantau terhadap pemilikan harta para pegawai.

"Arahan kerajaan kini memanglah pegawai kerajaan kena isytihar hantar, tetapi soalnya sekarang adakah ia dipantau secara teliti setiap perisytiharan harta yang dimaklumkan, apakah ada satu badan untuk memantaunya?" katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan