Grand Prix F1 Malaysia 2011 Istimewa Untuk Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2011 yang akan berlangsung di Sirkit Antarabangsa Sepang adalah cukup istimewa untuk rakyat Malaysia memandangkan tiga tim Formula One (F1) akan 'membawa' jalur gemilang.

"F1 sentiasa menjadi acara khas buat Malaysia. Bagaimanapun, tahun ini ia lebih istimewa," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bila menyentuh gabungan syarikat-syarikat korporat Malaysia dengan tim-tim F1 -- Mercedes GP Petronas, Lotus Renault GP, dan Tim Lotus.

"Tidak pernah sebelum ini acara itu dikaitkan dengan begitu banyak syarikat Malaysia; menjadikan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2011 dan Sirkit Sepang seolah-olah 'perlumbaan di tanah air sendiri' mereka pada musim ini," kata Najib dalam mesej pada buku program rasmi acara itu, yang disebut dalam kenyataan dikeluarkan oleh promoter perlumbaan, Sepang International Circuit Sdn Bhd.

Najib berkata kepentingan Malaysia dan imej cemerlangnya akan ditonjolkan dengan begitu ketara pada tahun ini, dalam semua pusingan, ke serata dunia menerusi penyertaan Mercedes GP Petronas, Lotus Renault GP dan Tim Lotus.

Tahun ini menandakan edisi ke-13 Grand Prix F1 Malaysia, yang bermula pada 1999 bila ia pertama kali dimajukan sebagai penggalak pelancongan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi antarabangsa dan mengangkat imej negara di mata dunia.

"Formula 1...kini diterima oleh lebih banyak syarikat Malaysia juga sebagai alat bisnes mereka," kata beliau.

"Dengan jumlah penonton global yang besar; yang disiarkan menerusi beratus juta televisyen pada Hari Perlumbaan saja, sukan ini tidak syak lagi merupakan platform paling berkesan untuk mendapatkan kelebihan antarabangsa dan pengiktirafan seantero dunia.

"Selain penjenamaan global, ia juga menjadi tempat untuk rangkaian bisnes, pentas untuk menampilkan sebuah negara; dan jentera untuk pemindahan teknologi. Yang demikian bagi Malaysia, sebagai sebuah negara yang berhasrat menjadi pemain utama dalam industri automotif, hubungannya yang rapat dengan Formula 1 memang wajar," kata Najib.

Musim F1 baru telah bermula di Albert Park, Melbourne dengan Australian Grand Prix pada 27 Mac dan Malaysia akan menjadi hos untuk Pusingan Kedua Kejohanan Dunia F1 2011, yang sekarang berlangsung untuk 19 pusingan berikutan pembatalan Bahrain Grand Prix. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan