Empat Premis Makanan Di Jalan Masjid India Diarah Tutup Kerana Kotor

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)mengarahkan empat premis makanan di Jalan Masjid India ditutup kerana kotor dan melanggar piawaian dan tahap kebersihan yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar berkata premis makanan berkenaan diarah tutup bermula esok dan diberi tempoh seminggu untuk melakukan pembersihan.

Ini termasuklah membersihkan kawasan dapur dan tandas, memasang perangkap tikus, memastikan pekerja memakai apron dan penutup kepala dan meletakkan ubat kawalan serangga di kawasan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi kebersihan di Jalan Masjid India di sini hari ini yang disertai 15 pegawai DBKL.

Beliau berkata operasi ini dijalankan bagi mengelakkan penularan penyakit yang berpunca daripada penyediaan makanan seperti taun, kencing tikus dan sebagainya.

Sallehudin berkata premis makanan yang diarah tutup itu boleh beroperasi semula selepas mereka melakukan pembersihan dan setelah didapati premis berkenaan menepati tahap kebersihan yang ditetapkan DBKL.

"Pemilik premis yang beroperasi semula tanpa mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk didakwa di mahkamah," katanya. Sehubungan itu beliau menasihati warga kota supaya bijak dalam memilih tempat menjamu selera dengan mementingkan aspek kebersihan premis serta cara penyediaan makanan yang bersih selain kelazatan makanan itu sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan