Dewan Rakyat Tolak Usul Bincang Kes Kematian Saiful Syazani

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan kes seorang murid sekolah agama di Perlis yang dipukul teruk oleh gurunya sehingga mati Ahad lepas.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata usul itu ditolak kerana pihak polis sudah mula mengambil tindakan dengan membuat siasatan terperinci terhadap kes itu.

"Perkara ini melibatkan kematian seorang pelajar sekolah agama di Perlis, ia merupakan satu kes yang serius. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ambil tindakan dan kes ini dalam siasatan yang terperinci.

"Oleh itu perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1)," katanya.

Terdahulu, Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) membentangkan usul berkenaan yang disifatkan sebagai satu tindakan oleh seorang guru yang kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang anak yatim.

Dalam usulnya, Ismail turut meminta supaya kerajaan memberi tumpuan dan mengadakan satu mekanisme tertentu bagi memantau serta menilai guru di sekolah-sekolah khususnya di sekolah swasta bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

"Guru-guru yang ditempatkan di sekolah-sekolah persendirian termasuk sekolah agama perlu diperhalusi serta mekanisme penyeliaan oleh pihak kerajaan perlu dilakukan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

"Selain itu (kerajaan) perlu turut beri tumpuan kepada perkara keselamatan dan perlindungan terhadap anak-anak kita di sekolah-sekolah di seluruh negara terutama yang dijalankan oleh pihak swasta dan persendirian," katanya.

Ahad lepas, seorang murid sekolah Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, yang dipukul oleh seorang guru di asrama sekolah agama rakyat itu sehingga koma, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 7 malam Khamis lepas apabila seorang guru lelaki yang berusia 26 tahun dikatakan memukul kanak-kanak itu selama dua jam sehingga pengsan kerana disyaki mencuri wang murid lain di asrama. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan