Video Seks: Kabinet Bincang Cadangan Tubuh Suruhanjaya Diraja Pada Jumaat

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan pelaku mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikemukakan kepada Kabinet pada Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.

"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terlibat.

"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen, Rabu.

Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.

"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.

Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.

"Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu," katanya.

Semalam, Wan Azizah dalam satu sidang akhbar di kediamannya di sini, berkata Anwar bukan pelaku dalam klip video seks itu, selepas beliau dan anggota keluarganya menonton klip video hitam putih selama 107 saat itu dalam YouTube. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan