Tindakan Sewajarnya Terhadap Pihak Salah Guna Ayat Suci Al-Quran

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan tertentu serta mempertikaikan atau mempersoalkan segala bentuk ibadah umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata keputusan itu dicapai berdasarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 3 Disember lepas.

"Muzakarah itu bersetuju bahawa perbuatan orang bukan Islam membaca dan menghuraikan teks-teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri dengan tidak menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian kitab itu dan boleh mendatangkan keraguan serta fitnah dalam masyarakat," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berhubung kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang supaya lebih jelas difahami oleh semua pihak termasuk penganut bukan beragama Islam agar mereka tidak mempersoalkan segala bentuk ibadah umat Islam seperti azan dan sambutan Maulidur Rasul.

Jamil Khir berkata dari segi perspektif undang-undang, mana-mana orang yang menimbulkan atau menyebabkan suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat, melukakan perasaan agama seseorang, benci membenci dan sakit hati boleh diambil tindakan berdasarkan kepada Seksyen 298 dan 298A(1) Kanun Keseksaan (Disemak) 1997 di Mahkamah Sivil.

"Menurut Seksyen 298, seseorang yang berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang sama ada melalui perkataan, perbuatan, bunyi atau isyarat dan sebagainya hendaklah dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Di samping itu, katanya tindakan juga boleh diambil kepada sesiapa yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci membenci, sakit hati atau memudaratkan keadaan yang harmoni atau perpaduan atas alasan keagamaan hendaklah dihukum dengan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari lima tahun sebagaimana yang dijelaskan dalam Seksyen 298A(1) Kanun Keseksaan (Disemak) 1997.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata perbuatan seumpama itu perlu dihentikan dengan segera bagi memastikan keharmonian pelbagai kaum di negara ini terus terpelihara.

Mengenai isu seorang pengadu mempersoalkan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Jalan Pantai Permai, di sini yang mendakwa mengganggu tidurnya, sehingga menyebabkan demonstrasi di masjid itu awal tahun ini, beliau berkata isu-isu sensitif seperti isu agama tidak seharusnya dipolitikkan.

"Kerajaan sentiasa peka dan mengambil langkah-langkah serius untuk melindungi dan mempertahankan kedudukan serta kesucian agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poc seperti yang diumumkan Muftinya Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini, Jamil Khir berkata perkara itu termaktub kepada kuasa di peringkat negeri masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan