PRN Sarawak: Proses Penamaan Lancar, Tiada Calon Menang Tanpa Bertanding

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Proses penamaan calon untuk pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-10 berjalan dengan lancar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehingga jam 12.3O tengah hari tadi, belum ada keputusan menang tanpa bertanding diperoleh.

"Pihak SPR masih menunggu bantahan. Kami mengharapkan pertandingan yang bersih tanpa fitnah," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat SPR di sini pada Rabu.

Perebutan bagi 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) bermula Rabu dengan calon-calon mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

Mereka yang berhasrat bertanding diberi masa satu jam bermula 9 pagi ini untuk mengemukakan borang pencalonan mereka di pusat-pusat penamaan calon yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Borang pencalonan itu kemudiannya akan dipaparkan kepada umum selama satu jam dari 10 pagi bagi sebarang bantahan.

Bagi mereka yang diterima menjadi calon, mempunyai masa 10 hari untuk berkempen bagi memancing sokongan untuk dipilih sebagai wakil rakyat, kurang sehari berbanding tempoh kempen pada pilihan raya negeri 2006.

Calon-calon berkenaan yang mewakili pelbagai parti politik atau bertanding sebagai calon Bebas, akan berusaha memancing sokongan daripada sejumlah 979,796 pemilih berdaftar, termasuk 18,363 pengundi pos.

SPR menetapkan setiap calon perlu membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 untuk bahan kempen.

Calon-calon yang memutuskan untuk menarik diri selepas mengemukakan borang pencalonan layak dibayar balik wang deposit sekiranya penarikan itu dibuat dalam tempoh pencalonan iaitu dari 9 pagi hingga 10 pagi.

Pengundian ditetapkan pada 16 April di 1,749 pusat pengundian.

Petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) adalah yang terbanyak berikutan empat parti komponen BN negeri akan bertanding di kesemua 71 kerusi.

BN negeri terdiri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), telah bersepakat mengenai formula pembahagian kerusi berlandaskan semangat perkongsian kuasa parti gabungan berkenaan.

PBB, tunjang BN negeri, diperuntukkan jumlah kerusi terbanyak iaitu 35 kerusi manakala SUPP sebanyak 19 kerusi, PRS (sembilan kerusi) dan SPDP (lapan kerusi).

Sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, BN menguasai 63 kerusi daripada 71 kerusi.

BN mengumumkan barisan calonnya pada Ahad lepas, mengekalkan 52 penyandang dan memperkenalkan 19 muka baru.

Pengerusi BN Sarawak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang akan memasuki penggal ketujuh menerajui negeri ini, akan mempertahankan kerusi DUN Balingian manakala Presiden SUPP dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan akan mempertahankan kerusi DUN Piasau.

Timbalan Presiden PBB dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu akan mempertahankan kerusi DUN Layar, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing akan mempertahankan kerusi DUN Baleh dan Presiden SPDP Datuk William Mawan, mempertahankan kerusi DUN Pakan.

Bagi parti-parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 49 kerusi, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (dijangka bertanding di 27 kerusi), DAP (15 kerusi) dan PAS (lima kerusi). Parti lain yang dijangka bertanding ialah Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR).

Sementara itu, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), sebuah parti baru yang pendaftarannya masih belum mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS), akan bertanding sebagai calon Bebas di beberapa kerusi.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan