PRN Sarawak: Abdul Taib Tiba Awal Serah Borang

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUKAH: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pagi ini menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya negeri Sarawak 2011 di Dewan Suarah Mesra di sini.

Abdul Taib, 74, tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.15 pagi selepas diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN).

Turut sama isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Nawawi yang juga Pegawai daerah Mukah.

Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin, 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi.

Salleh, diiringi isterinya Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong.

Ditanya pemberita kemudian, Salleh hanya berkata beliau akan bertanding sebagai calon Bebas menggunakan lambang kunci bagi mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Movement of Change Sarawak (MOCS).

Di Hulu Rajang, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing tiba di Dewan Suarah Kapit setengah jam lebih awal dan menyerahkan kertas pencalonan untuk mempertahankan kubu kuatnya di DUN Baleh pada jam 9 pagi.

Ini disusuli oleh lawan beliau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bedindang ak Manjah, kira-kira 15 minit kemudian.

Di Miri, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan, yang mempertahankan kerusi DUN Piasau, tiba pada 9.20 pagi di Dewan Suarah Miri untuk menyerahkan borang pencalonannya.

Pendatang baru daripada DAP, Ling Sie Kong tiba lebih awal sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi dan menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding menentang Dr Chan.

Di Stadium Tertutup Miri, Datuk Lee Kim Shin daripada SUPP dan calon PKR DR Michael Teo Yu Keng tiba tepat 9 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan mereka bagi kerusi DUN Senadin.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan