Kronologi Proses Penamaan Calon Bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah kronologi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

11.13 pagi: SPR mengesahkan dua calon bertanding di DUN Satok. BN diwakili Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan PKR Ahmad Nazib Johari.

11 pagi: Pegawai pengurus pilihan raya DUN Satok, Onn Abdullah mengumumkan tempoh bantahan ditutup.

10.30 pagi: Mukah - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan bersarapan di dermaga Mukah.

10.20 pagi: Tasik Biru - Penyokong PKR mendakwa mengesan kesilapan dalanm borang calon Barisan Nasional dan SNAP. Mereka telah menghantar borang bantahan.

Lawas - Hanya dua calon, Willie Liau dan Baru Bian, menyerahkan borang pencalonan masing-masing bagi DUN Ba'kelalan.

10.15 pagi: Proses penyerahan borang ditutup pada pukul 10 pagi.

Mukah - Penyandang DUN Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bertemy calon PKR, Suriati Abdullah dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin. Suasana tyenang di pusat penamaan calon.

Batu Kawah - Satu lawan satu antara Tan Joo Phoi dari SUPP dan calon DAP, Christina Chiew.

Bawang Assan - Hanya Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) dan Alice Lau (DAP) menyerahkan borang masing-masing.

Tupong - Borang Datuk Daud Abdul Rahman (BN) Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) diterima.

Bukit Sari - )Penyandang Awang Tengah Ali Hassan (BN) dan Japar Suyut (PKR) menyerahkan borang pencalonan.

Kota Sentosa - SPR menolak borang pencalonan calon Bebas, Tay Wei Wei kerana pencadangnya bukan pengundi kawasan berkenaan.

9.45 pagi: Mukah - Penyandang Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tiba dengan ribuan penyokong bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Calon PKR, Suriati Abdullah tiba 15 minit kemudian dengan 20 penyokong.

10 pagi: Proses penyerahan borang pencalonan ditutup. Tempoh bantahan dibuka selama 1 jam sehingga pukul 11 pagi.

9.00 pagi: Pengawai pengurus pilihan raya DUN Satok, Onn Abdullah mengumumkan proses penamaan calon dibuka selama satu jam bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi.

8.50 pagi: Calon BN DUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg tiba di pusat penamaan calon diiringi Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Abang Johari tiba dengan diarak kira-kira lebih 1,000 penyokong.

8.30 pagi: Calon PKR DUN Satok, Ahmad Nazib Johari tiba di Dewan Datuk Merpati Jepang diiringi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut sama, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kira-kira 50 penyokong mengiringi calon.

7.30 pagi: Anggota polis mula bersiap seedia di pusat penamaan calon bagi DUN Satok di Dewan Datuk Merpati Jepang, Kuching.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan