Astro Tidak Naikkan Harga Langganan Utk Pakej Asas

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen berbayar, Astro, akan memastikan sebarang saluran baru yang bakal dilancarkannya tidak akan meningkatkan harga bagi langganan pakej asas.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pada masa ini caj langganan minimum perkhidmatan Astro berada di tahap kompetitif berbanding negara-negara serantau iaitu RM37.95 bagi pakej asas merangkumi 33 saluran pelbagai bahasa dan genre.

"Pakej asas ini pada asalnya ditawarkan dengan harga RM49.95 pada tahun 2004 dengan bilangan saluran yang kurang daripada pakej sekarang," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang ingin tahu tindakan kementerian untuk mengawal dan mengurangkan yuran bulanan yang "terlalu tinggi" dari stesen itu.

Ini berikutan Astro sebagai anak syarikat kepada sebuah syarikat asing yang telah mengaut untung bersih sebanyak RM689 juta bagi tahun lepas daripada 2.911 juta langganan.

Mengenai monopoli kandungan saluran-saluran popular oleh Astro, katanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat tinjauan mengenai isu itu selain mengadakan perbincangan dengan para penyiar dan pengedar atau penjual kandungan (content rights holder) dari luar negara seperti HBO, Disney dan Discovery.

"SKMM mendapati pemerolehan kandungan dan hak penyiaran adalah amat kompetitif dan bagi kandungan premium dari luar negara ia adalah mengikut syarat serta terma yang ditetapkan oleh pemilik kandungan tersebut dan juga harga yang ditawarkan oleh stesen penyiaran.

"Pihak penyiar bebas untuk berunding dengan pihak terbabit untuk mendapatkan hak penyiaran dan ia tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak termasuklah Astro," katanya.

Rais berkata, menurut tinjauan SKMM juga walaupun Astro ada meminta beberapa penjual kandungan untuk melakukan 'customization' terhadap saluran-saluran tertentu, pihak penyiar lain masih boleh membeli saluran lain termasuk kandungan yang turut dibekalkan oleh penjual kandungan terbabit.

Dalam hal ini, katanya pihak SKMM akan terus memantau industri ini dan tidak teragak-agak untuk bertindak sekiranya terdapat amalan-amalan anti-persaingan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan