PRN Sarawak: Penyandang Pelagus Tidak Bertanding Di Pelagus, Sebaliknya Berikan Sokongan Kepada BN

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Penyandang Pelagus Larry Sng, yang digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN), berkata beliau tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus dalam pilihan raya negeri 16 April ini.

Wakil rakyat Pelagus selama dua penggal ini memaklumkan keputusannya menerusi laman sosial Twitter sehari sebelum penamaan calon bagi 71 kerusi esok.

"Saya akan memberikan sokongan kepada BN," kata beliau tanpa menyebut tentang masa depan politiknya, di mana para penyokong Sng menyatakan bahawa sokongan tidak berbelah bagi dan kesetiaannya kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan BN sedang diuji.

Namun, Sng, 33, berkata beliau tidak akan berkempen bagi mana-mana sembilan kerusi yang ditandingi Parti Rakyat Sarawak (PRS) memandangkan Presidennya Datuk Seri James Masing telah menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak memerlukan penyandang Pelagus untuk memenangi kerusi itu.

Pada Isnin, Masing berkata muka baru parti itu Stanley Unja mempunyai peluang yang baik untuk mempertahankan kerusi majoriti Iban itu, di mana Sng bertanding di bawah tiket PRS pada pilihan raya negeri 2006 dan sebelumnya pada 2001 di bawah tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), yang telah dibatalkan pendaftarannya.

Penyokong Sng sejak itu melahirkan hasrat mereka supaya beliau bertanding sebagai calon bebas, termasuk di Meradong, kampung halaman bapa mentuanya, tokoh korporat Tan Sri Ting Pek Khiing.

Berikutan krisis dalaman kepimpinan parti itu, Sng dipecat daripada daripada PRS pada 2007 kerana ingkar.

Beberapa hari sebelum Sng diberitahu pucuk pimpinan BN bahawa beliau digugurkan, Sng berkata beliau masih merancang untuk mengadakan lawatan kembali di Pelagus.

"Bagi penduduk Pelagus, saya akan terus berkhidmat untuk mereka. Ini merupakan penghargaan saya kepada mereka," kata Sng, yang menggantikan bapanya, Datuk Sng Chee Hua yang merupakan bekas wakil rakyat di kawasan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan