PRN Sarawak: Pembangkang Gagal Agih Kerusi, PKR Salahkan SNAP

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Belumpun Pilihan Raya Negeri Sarawak berlangsung, parti-parti pembangkang jelas menunjukkan perpecahan dan tidak sepakat antara mereka apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) gagal dalam rundingan pembahagian kerusi.

Malah lebih teruk lagi, kedua-dua parti pembangkang itu bakal bertembung sekurang-kurangnya di 25 kerusi pada pilihan raya negeri pada 16 April depan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, kegagalan kerjasama berkenaan berpunca daripada desakan SNAP yang enggan bertolak ansur untuk bertanding di 27 kawasan, majoritinya masyarakat Dayak tanpa memberi peluang kepada PKR meletakan calon.

"Mereka juga mendesak supaya calon PKR dari suku kaum Iban bertanding atas tiket SNAP. Sudah tentu perkara ini tidak dapat kita pertimbangkan kerana PKR adalah sebuah parti pelbagai kaum.

"PKR pastinya ingin mempertahankan hak orang Dayak. PKR juga perlu diberikan peluang untuk meletakan calon dari kaum Iban mewakili kawasan berkenaan," katanya pada sidang media pengumuman calon PKR bagi bahagian Kuching di sini, Isnin.

Pada sidang media berkenaan, Mohamed Azmin mengumumkan senarai kesemua 48 calon yang bakal mewakili PKR pada pilihan raya Sarawak ke-10.

SNAP sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di 27 kerusi.

Daripada jumlah itu, hanya dua kerusi tidak ditandingi PKR iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudu dan Pakan.

Mengulas mengenai pertindihan kerusi yang akan menyebabkan pecahan undi antara parti pembangkang, Mohamed Azmin berkata perkara itu tidak dapat dielakkan dan yakin bahawa calon dari PKR lebih berpotensi untuk menang.

"Saya sangat yakin bahawa calon yang akan mewakili PKR adalah calon terbaik yang boleh kita tawarkan untuk kawasan berkenan dan mereka berpotensi untuk menang.

"Kita fikir calon PKR mampu menjana sokongan di kawasan-kawasan berkenaan dan kita kena ambil kira kepada faktor boleh menang, salah satunya ialah kredibiliti calon itu sendiri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan