PRN Sarawak: Larry Mungkin Ke Parlimen - Abdul Taib

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Larry Sng yang digugurkan daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini mungkin berpeluang dicalonkan di peringkat Parlimen.

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, segala kemungkinan mengenainya sentiasa terbuka namun menyifatkan isu mengenai pemilihan calon bagi pilihan raya umum kerusi Parlimen masih jauh untuk dibincangkan.

"Saya tak tahu, saya tak lihat perkara ini sejauh itu... agak sukar untuk urus pencalonan di peringkat negeri.

"Namun setiap kemungkinan sememangnya sentiasa terbuka," katanya di sini, Selasa.

Ditanya kemungkinan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri itu akan bertanding atas tiket Bebas, Abdul Taib berkata beliau yakin Larry sebagai penyokong setia BN tidak akan berbuat demikian.

"Larry sangat setia kepada BN selama ini walau apa yang berlaku.

"Kalau beliau bertanding atas tiket Bebas itu menunjukkan beliau tidak setia, namun saya tak fikir Larry akan bertindak demikian," katanya.

Larry, 33, sebelum ini bertanding di bawah tiket Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada pilihan raya negeri 2006 dan sebelumnya pada 2001 di bawah tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), yang telah dibatalkan pendaftarannya.

Bagaimanapun Larry dipecat daripada PRS pada 2007 kerana mempunyai masalah dalaman dengan Presiden parti, Datuk Seri Dr James Masing.

Ahad lalu BN menamakan Stanley Nyitar @ Unja Malang sebagai calon yang bakal mewakili PRS untuk mempertahankan kerusi DUN Pelagus.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan