PRN Sarawak: Calon Gugur Mungkin Ke Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, Dominique Ng Kim Ho yang tercicir daripada senarai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya Sarawak ke-10 mungkin dicalonkan bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan PKR menggugurkan Ng dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa beliau perlu diberi peranan yang lebih besar berdasarkan sumbangannya kepada parti itu.

"Kita cadangkan Dominique untuk bertanding bagi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

"Dengan pengalaman yang ada, kita fikirkan bahawa beliau mampu untuk memberi sumbangan yang lebih besar," katanya di sini, Isnin.

Ditanya sama ada Ng menerima 'tawaran' yang dijanjikan kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) itu, Mohamed Azmin berkata perbincangan mengenainya masih lagi dijalankan.

"Ini bukan soal terima atau tidak, ia masih peringkat awal. Tapi Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbincangan pagi tadi dengan Dominique mencadangkan supaya beliau diberikan peranan yang lebih penting dan besar dalam pilihan raya akan datang untuk mewakili PKR di peringkat Parlimen," katanya.

Tawaran berkenaan dibuat selepas Ng tidak berpuash hati apabila menyifatkan PKR dan DAP mengkhianatinya selepas partinya sendiri bersetuju menukar kerusi.

DAP akan bertanding di kerusi Padungan sementara PKR di Batu Lintang.

Mengulas khabar angin bahawa Ng akan bertindak keluar parti kerana tidak berpuas hati, Mohamed Azmin berkata: "Saya tak akan mengulas khabar angin melainkan melibatkan fakta."

Ng menang kerusi Padungan pada 2006 atas tikes PKR dengan majoriti 1,417 undi selepas mendapat 8,002 undi berbanding calon Barisan Nasional (RN), Lily Yong Lee Lee yang mendapat 6,585 undi.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan