PRN Sarawak: ADUN Padungan Keluar PKR

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, Dominique Ng Kim Ho yang digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding atas tiket Bebas.

Bagaimanapun beliau masih belum membuat keputusan sama ada untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2006.

"Mungkin di Padungan atau mungkin di Batu Lintang. Anda semua tunggu esok (penamaan calon), tengok kawasan mana yang akan saya bertanding," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Semalam pada sidang media pengumuman 48 calon PKR yang akan bertanding dalam pilihan raya Sarawak pada 16 April depan, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menolak kemungkinan Ng akan meninggalkan parti itu.

Khamis lalu Ng melahirkan rasa terkejut dan menyifatkan kesetiaannya dikhianati apabila partinya sendiri membuat keputusan untuk menyerahkan kerusi terbabit kepada DAP.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan