PAS Mohon Maaf Atas Kematian Murid 7 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa.

Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan pula berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan