Kastam Cadang Pinda Akta Elak Penyelewengan

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya meminda Akta Kastam 1967 dan akta-akta berkaitan dengan jabatan itu yang dianggap sudah tidak lagi sesuai serta boleh menyumbang kepada unsur-unsur penyelewengan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata, kajian untuk meminda akta yang dianggap lapuk dan perlu penambahbaikan itu telah lama dilakukan dan tidak mempunyai kaitan dengan dengan penahanan 62 kakitangannya termasuk pegawai kanan bergelar Datuk akibat salah guna kuasa dan rasuah oleh SPRM baru-baru ini.

"Kita bercadang meminda undang-undang dan JKDM telahpun mengenal pasti peruntukan undang-undang yang kita anggap tidak sesuai dengan keadaan semasa serta boleh beri peluang untuk pelbagai bentuk penyelewengan oleh pelbagai pihak sama ada pihak swasta dan warga kastam sendiri.

"Draf cadangan untuk pindaan undang-undang itu telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pindaan Undang-undang untuk diperhalusi dalam mesyuarat kali ini sebelum kita kemukakan kepada pihak kementerian untuk dipertimbangkan bagi kelulusan Menteri bagi peraturan dan kalau libatkan akta untuk dibentangkan dalam Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dan TV3 selepas merasmikan dan mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Kastam Semalaysia kali ke-65 di Tasik Kenyir di sini hari ini.

Mesyuarat tiga tahun sekali yang diadakan selama empat hari bermula semalam hingga 7 April ini telah lama dirancang untuk diadakan dan dihadiri oleh hampir semua Pengarah Kastam dari seluruh Malaysia kecuali Pahang dihadiri oleh wakilnya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khalid berkata, draf untuk pindaan itu mencakupi semua akta berkaitan pungutan hasil negara termasuk Akta Kastam 1967, Akta Cukai, Akta Cukai Jalan, Akta Cukai Perkhidmatan, Akta Cukai Eksais, serta Akta Zon Bebas Cukai.

"Pindaan juga akan dilakukan terhadap Akta Zon Bebas Cukai kerana kita dapati akta ini ada ruang untuk disalah gunakan dan kita perlu cadangkan pindaan untuk memantapkan tahap kawalan kastam," katanya.

Menurutnya, cadangan untuk meminda Akta Kastam mengambil masa agak lama sebelum dibentangkan berikutan ia bukan satu proses yang mudah dan perlu mengambil kira semua faktor termasuk senario semasa.

Kata beliau, pada peringkat awal sebelum ini pasukan kerja telah meneliti dengan melihat keadaan seluruh negara serta mengkaji bentuk pindaan yang harus dibuat termasuk dari segi perkataan yang harus diubah sebelum dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pindaan Undang-undang.

Beliau berkata, akta yang dianggap lapuk dan tidak lagi dapat menampung perubahan persekitaran semasa dari segi kawalan Kastam ditambah baik untuk mengelakkan ketirisan dan ia akan dibahaskan dalam Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia kali ini.

Mesyuarat kali ini juga, katanya, akan dijadikan sebagai platform untuk mengkaji tahap prestasi pelaksanaan tugas jabatan itu dan merancang strategi jangka pendek dan jangka panjang yang lebih mantap bagi mengekalkan momentum pungutan hasil negara dan membanteras penyeludupan.

Menurut beliau, ia selaras dengan amanat dan mandat yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2010 yang mahukan JKDM meningkatkan pungutan hasil melalui peningkatan penguatkuasaan dan pengauditan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan