1,000 Kenderaan Terbiar, Halang Lalulintas Disita DBKL

Diterbitkan: Selasa, 5 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 1,000 kenderaan terbiar dan yang menghalang lalu lintas disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh lima bulan ini.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman berkata sebanyak 380 kereta dan 600 motosikal disita di beberapa kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota.

Hari ini, beliau mengetuai "operasi kenderaan buruk dan terbiar" yang ditinggalkan di petak letak kereta dan sepanjang jalan kawasan PPR, Pantai Dalam.

Sukiman berkata DBKL telah menerima banyak aduan tentang kenderaan yang terbiar serta menghalang lalu lintas orang ramai di kawasan PPR.

Beliau berkata DBKL telah memberi notis tujuh hari melalui pelekat yang diletak pada kenderaan terbabit untuk pemiliknya mengalihkan kenderaan mereka.

Hari ini 10 kereta telah disita di kawasan Pantai Dalam dan pemiliknya diberi tempoh seminggu untuk menuntut kenderaan masing-masing dengan membayar kompaun RM210.

Sukiman berkata selepas tujuh hari, kenderaan-kenderaan yang tidak dituntut akan dilupuskan oleh pihak DBKL.

Katanya DBKL akan membuat operasi seterusnya dalam beberapa hari lagi terhadap motosikal yang dibawa masuk ke rumah melalui lif kerana perbuatan demikian boleh merosakkan lif. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan