Tiada Kompromi Calon Menang Pilihan Raya Gunakan Rasuah - SPR

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berkompromi dengan mana-mana calon yang menang dalam suatu pilihan raya melalui rasuah, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata bagaimanapun, SPR bukan badan yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang untuk membuat siasatan termasuk mengenai isu rasuah dan politik wang.

"Kita tidak ada unit, bahagian dan jabatan yang menguatkuasakan perkara tersebut. Kita tidak mempunyai keupayaan itu. Kita tidak ada kepakaran dan tidak ada orang.

"Kita bekerjasama rapat dengan agensi lain iaitu SPRM untuk rasuah dan polis untuk hal-hal yang berkaitan dengan jenayah.

"Jika ada elemen rasuah untuk tujuan menang, atau rasuah untuk membeli undi dan sebagainya, bagi mereka yang tahu, hendaklah lapor kerana ini boleh didakwa," katanya pada temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, baru-baru ini.

Abdul Aziz berkata sebarang laporan yang dibuat kepada SPR berhubung isu rasuah, ia akan dirujuk kepada agensi yang berkaitan.

"Sekiranya terdapat insiden, kejadian, perbuatan atau program yang boleh dianggap sebagai rasuah, laporan boleh dibuat.

"SPR tidak dapat mengatakan ya atau tidak, eloklah diambil faktanya, dituduh dan didakwa di mahkamah sama ada rasuah atau tidak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata SPR mengambil kira pelbagai faktor sebelum menentukan tempoh berkempen bagi sesuatu pilihan raya.

Katanya faktor tersebut membabitkan bukan sahaja pertimbangan daripada segi undang-undang yang menetapkan tempoh berkempen tidak kurang daripada tujuh hari, tetapi daripada segi ketenteraman awam dan keselamatan negara serta cuaca.

Abdul Aziz berkata begitu juga pandangan daripada parti-parti politik yang memaklumkan tempoh berkempen yang terlalu lama akan menyebabkan kos meningkat.

"Mengikut undang-undang dan Peraturan Perjalanan Pilihan Raya, mestilah tidak kurang daripada tujuh hari.

"Banyak permohonan yang saya terima melalui surat, panggilan telefon dan SMS, meminta tempoh berkempen dipanjangkan, ada yang meminta jangan panjang sangat, dan ada yang meminta tidak lebih daripada tujuh hari," katanya.

Katanya berdasarkan pertimbangan itu juga, tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10, ditetapkan selama 10 hari bermula 6 April ini, yang dianggap sangat munasabah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan