PRN Sarawak: Abdul Taib 'hilang', Calon Ba'Kelalan Tiada Dalam Senarai

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dua perkara yang mengejutkan semasa pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Ahad iaitu tiada calon bagi Ba'Kelalan dan 'kehilangan' Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sedangkan secara traidisinya, menjadi rutin Abdul Taib mengumumkan calon-calon pilihan raya sejak tahun 1981.

Beliau meninggalkan ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tanpa dikesan selepas bermesyuarat selama tiga jam dan menrahkan tugas mengumumkan senarai calon kepada penasihat khasnya, Tan Sri Adenan Satem, ynag juga Ketua Penerangan PBB.

Semasa membcakan senarai berkenaan, Adenan mengejutkan para wartawan apabila tidak menyebut nama calon Ba'Kelalan.

“Biarlah calon menjadi misteri dan hanya akan diberitahu sehari sebelum hari penamaan. Kita biarkan anda terus meneka,” katanya kepada pemberita.

Ditanya mengapa tiada calon bagi kerusi terbabit, Adenan menegaskan bahawa BN boleh menemui calon yang sesuai pada bila-bila masa.

“Kita mahukan calon yang tepat," katanya.

Ditanya sama kerusi itu akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Adenan berkata: "Itu spekulasi anda.

“Semua calon ini adalah yang terbaik. Kami memilih calon mampu menang yang diperakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," ujar beliau.

Beliau memberitahu bahawa Najib mengetahui situasi Ba'Kelalan.

Kerusi berkenaan sebelum ini disandang oleh Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Nelson Balang Rining yang menewaskan Ketua Parti Keadilan (PKR) negeri, Baru Bian pada pilihan raya 2006.

Baru dijangka akan bertanding sekali lagi.

Mengenai ketiadaan Abdul Taib, Adenan berkata bahawa Ketua Menteri itu 'terpaksa menghadiri majlis lain'.

Sebelum itu, Adenan mengumumkan senarai 20 muka baru dengan 10 dari PBB, tujuh (Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), dua dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) seorang dari SPDP.

PBB akan bertanding di 35 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan