Najib Saran Graduan Beri Sumbangan Kepada Universiti

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru lepasan graduan supaya menyumbang semula kepada universiti masing-masing bagi membalas jasa institusi yang menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka.

Perdana Menteri berkata budaya wakaf atau endowmen perlu disuburkan di institusi pengajian tinggi.

Berucap pada majlis makan malam Alumni Universti Malaya (UM) bersama Perdana Menteri untuk Dana Yayasan Persatuan Alumni UM (PAUM) di sini malam Ahad, Najib berkata contoh terbaik konsep wakaf ialah di Universiti Harvard.

Katanya Universiti Harvard di Amerika Syarikat dinamakan sempena seorang individu bernama John Harvard yang telah mendermakan perpustakaannya dan separuh daripada hartanya apabila meninggal dunia.

Katanya hari ini endowmen universiti tertua yang ditubuhkan pada 1636 itu bernilai US$27 bilion (RM81.75 bilion) iaitu endowmen terbesar di antara universiti di negara itu dan jauh meninggalkan Universiti Yale, yang kedua terbesar, dengan US$16 bilion (RM48.44 bilion).

Pada majlis itu, Najib melancarkan projek Senarai Kehormatan Alumni (Roll of Honour) yang membolehkan PAUM mengiktiraf para dermawan yang menyumbang kepada PAUM dengan meletakkan nama mereka di dinding khas rumah kelab PAUM mengikut kategori sumbangan.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.

Najib berkata perhubungan antara alumni dan universitinya adalah satu perhubungan simbiotik di mana kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu sama lain bagi membolehkan UM mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan prestasi yang membanggakan.

"Kini UM dikatakan 'a trusted brand' dan diberikan jolokan 'primus inter pares' di kalangan universiti-universiti awam di Malaysia," katanya.

Namun, katanya, UM tidak boleh berpuas hati dengan pencapaiannya kerana universiti lain tetap mahu mengatasinya.

"Dalam hal ini alumni UM mempunyai peranan penting dalam membantu, memperkaya dan menyumbang ke arah universiti mereka menggapai misi keagungannya," katanya.

Sementara itu, Rosmah, yang juga penaung PAUM, berkata majlis makan malam itu bertujuan mengumpul dana bagi menjayakan projek Rumah Kelab PAUM serta mengumpul dana untuk Yayasan PAUM.

Katanya projek rumah kelab mencecah sehingga RM11 juta itu di atas tapak seluas 1.3 hektar dijangka siap pada Mac tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan