59 IPTS Dibatalkan Penubuhan, 28 Dibatalkan Pendaftaran

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi membatalkan penubuhan 59 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) manakala 28 lagi dikenakan tindakan pembatalan kelulusan pendaftaran dalam tempoh 2009 hingga 2010.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Saifuddin Abdullah berkata tindakan pembatalan itu diambil berikutan IPTS berkenaan tidak mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti dalam aspek kawalan seperti kualiti program, premis, pengurusan serta pentadbiran, tenaga pengajar, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

"Namun, tindakan yang dikenakan ini adalah kepada kolej-kolej bukannya yang berstatus universiti swasta, kolej universiti swasta atau universiti cawangan luar negara," katanya menjawab soalan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap)mengenai bilangan universiti dan kolej universiti swasta dalam negara selain peruntukan geran kepada IPTS pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Saifuddin berkata sebanyak 485 IPTS termasuk 49 bertaraf universiti dan kolej universiti serta kampus cawangan universiti luar negara dengan 541,629 penuntut berdaftar dengan kementerian sehingga 31 Januari lepas.

Mengenai permohonan pembiayaan di bawah Skim Geran Penyelidikan Asas (FRGS) dari Kementerian Pengajian Tinggi, beliau berkata sebanyak 254 projek penyelidikan yang melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM11.5 juta diluluskan kepada 22 universiti swasta, kolej universiti swasta serta universiti cawangan luar negara sehingga tahun lepas.

Saifuddin berkata tiga universiti swasta berstatus syarikat berkaitan kerajaaan (GLC) iaitu Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) mendapat sejumlah RM1.4 juta di bawah FRGS bagi 30 projek penyelidikan pada 2009.

Beliau berkata tahun lepas, sebanyak 224 projek penyelidikan diluluskan kepada 22 universiti swasta, kolej universiti swasta serta universiti cawangan luar negara yang melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM10.1 juta.

Kerajaan merancang untuk menambah bilangan pengambilan penuntut luar negara dengan memberi keutamaan kepada mereka yang mendapat tajaan dan biasiswa, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan