Tiada Kompromi Terhadap Pegawai Kastam Yang Rasuah Dan Salah Guna Kuasa

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai kastam yang didapati terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang didapati bersalah tanpa mengira pangkat dan tiada sesiapa yang akan dilindungi.

"Kerajaan akan ambil tindakan tegas sekiranya ada salah laku oleh pegawai kastam atau mana-mana agensi terutama sekali melibatkan pecah amanah, penipuan dan sebagainya... tidak ada kompromi.

"Bahkan kerajaan ambil tindakan tegas... tiada selindung atau pelindungan yang akan diberi kepada mereka yang bersalah. Siapa yang terlibat hendaklah tanggung sendiri risiko," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS) di sini pada Ahad.

Awang Adek mengulas laopran akhbar mengenai kehilangan wang berjumlah RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara yang membabitkan para pegawai Kastam di seluruh negara.

Pendedahan itu hasil siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.

Bagiamanpun, Awang Adek berkata pendedahan kegiatan salah guna kuasa dan hukuman secara jelas yang diterima oleh pesalah itu perlu dilihat dari aspek positif kerana ia menjadi satu pengajaran kepada pihak lain agar tidak mengikut langkah yang sama.

"Dari segi kelemahan sistem yang ada, macam mana ini (salah guna kuasa) boleh berlaku, sudah tentu akan dijadikan pengajaran supaya tindakan susulan untuk pastikan kelemahan ini dapat diatasi, satu pengajaran yang baik untuk semua," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan