Soal Pemberian Pinjaman Perlu Dibincang Terlebih Dahulu

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Soal berkaitan pemberian pinjaman akan dibincangkan dengan institusi kewangan dan Bank Negara terlebih dahulu sebelum usul pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118)yang memperuntukkan konsep Bina Kemudian Jual (BTS) dibentangkan ke kabinet.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata, memandangkan konsep itu adalah sesuatu yang baru, pihaknya perlu terlebih dahulu berbincang dengan institusi-institusi kewangan dan Bank Negara bagi mendapatkan kerjasama berkaitan pemberian pinjaman sebelum usul tersebut dibentangkan ke kabinet.

"Secara dasarnya kita akan mendapatkan kelulusan daripada jemaah menteri terlebih dahulu bagi membolehkan sistem ini dilaksanakan pada 2015.

"Keputusan itu bagaimanapun akan bergantung kepada beberapa faktor, antaranya institusi kewangan seperti bank harus bersedia pada masa itu untuk memberi pinjaman kepada pembeli dengan cara yang baru itu,"katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perumahan tiga tingkat Saffron Semi-D di Puteri Heights, di sini, Ahad.

Justeru, katanya, konsep BTS akan hanya dilaksanakan sepenuhnya apabila pindaan akta itu diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata, selain memastikan pembeli tidak dibebani dengan kes rumah terbengkalai dan tertipu, pindaan itu akan memaksa pemaju lebih berhati-hati kerana mereka boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan sekiranya melakukan kesalahan tersebut.

Katanya, pindaan tersebut meliputi dua perkara penting seperti, deposit bagi lesen pemaju sebanyak RM200,000 yang dikenakan ketika ini akan berubah kepada satu amaun yang lebih munasabah serta memasukkan elemen jenayah, iaitu pemaju boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan sekiranya gagal menyiapkan projek tanpa alasan kukuh.

Chor berkata, walaupun diperkenalkan sejak tahun 2007, konsep BTS atau lebih dikenali sebagai konsep 10:90 itu kurang mendapat sambutan memandangkan pemaju tidak berminat menjual rumah melalui kaedah tersebut di mana setakat ini hanya lima rancangan perumahan berjaya menggunakan sistem itu sepenuhnya.

"Kemungkinan buat masa ini banyak institusi kewangan tidak begitu mengerti apakah maksud BTS dan cara pinjaman dapat dikeluarkan kerana ia agak sukar difahami berbanding sistem jualan yang diamalkan ketika ini," katanya.

Beliau yakin konsep itu akan diterima selepas pindaan Akta 118 dilaksanakan. Kerajaan pada 2006 bersetuju secara prinsipnya untuk memperkenalkan konsep BTS dengan pembeli membayar 10 peratus deposit dan baki 90 peratus dibayar selepas rumah siap.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu Datuk Seri Ong Ka Ting (kini Tan Sri) berkata pemaju yang memilih konsep ini akan menikmati beberapa insentif termasuk pengecualian daripada membayar RM200,000 deposit dan duti setem kepada kerajaan.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan