Pasukan Gerakan Marin Langkawi Selamatkan Krew Feri Thailand

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Satu Langkawi menyelamatkan seorang krew feri penumpang dari Thailand yang dipercayai terjatuh di perairan pulau Rebak di sini, semasa feri itu dalam perjalanan dari Tanjung Cincin ke Telaga Harbour Langkawi, petang Sabtu.

Penolong Pegawai Pemerintah pasukan itu, ASP Rodzi Abu Hassan berkata, lelaki itu dijumpai pasukan PGM yang meronda di perairan Tanjung Cincin kira-kira pukul 6.10 petang, kira-kira satu batu nautika dari pulau Rebak.

Lelaki yang dikenali sebagai Anuar Bota, 21, dari Satun Thailand terjatuh dalam laut dipercayai tergelincir tanpa disedari kapten dan krew feri Tiger Lines," katanya pada kepada pemberita di pangkalan pasukan itu di Bukit Malut di sini, Ahad.

Katanya lelaki itu bernasib baik kerana dapat dikesan oleh bot peronda pasukan berkenaan kerana keadaan gelap ketika itu boleh membahayakan mangsa.

Beliau berkata ketika ditemui, lelaki berkenaan melambai-lambai tangan meminta pertolongan.

"Lelaki itu tidak mengalami kecederaan serius dan dibawa balik ke pangkalan pasukan itu dan akan diserah kepada syarikat beliau bekerja," katanya.

Feri itu mengadakan perkhidmatan membawa pelancong luar dari pulau Lipis, kepulauan Thailand ke Harbour Park pantai Kok di sini.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan