Konsep 1Malaysia Amalan Sarawak Tidak Dapat Diterima Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Konsep 1Malaysia yang menjadi amalan rakyat di Sarawak tidak dapat diterima oleh parti-parti pembangkang, kata Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini, Ahad.

Katanya pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah awal-awal lagi menolak konsep yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu sedangkan 1Malaysia tidak membawa apa-apa unsur politik.

"Pembangkang tidak suka dengan 1Malaysia sedangkan 1Malaysia adalah konsep yang baik dan diterima oleh rakyat," katanya semasa berucap dalam majlis pemimpin bersama rakyat di Long Pelutan, Baram, kira-kira 40 minit perjalanan dengan helikopter dari sini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata konsep itu turut melebarkan peluang kepada segenap rakyat Malaysia untuk menikmati hasil pembangunan dan menyumbang kepada negara. Beliau mengambil contoh timbalan beliau sendiri, Datuk Jacob Dungau Sagan yang berbangsa Kenyah yang merupakan kumpulan minoriti di negara ini diberi peluang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan.

"Hanya kerajaan kita sahaja yang memberi peluang seperti ini. Siapa sangka orang yang berasal jauh di hulu sungai ini akan dapat menjadi timbalan menteri," katanya. Sagan juga adalah anggota Parlimen Baram. Menyentuh pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini, Mustapa berkata parti-parti pembangkang yang datang bertanding hanya berminat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional sahaja dan bukannya untuk membela nasib rakyat negeri ini.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang sebenarnya tidak mempunyai agenda-agenda khusus untuk membantu rakyat ataupun cuba memahami permasalahan yang berlaku. "Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membuat apa yang dapat dilakukan oleh kita dalam Barisan Nasional," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan