Kerajaan Pusat Peruntukkan RM1.5 Juta Untuk Baiki Sekolah Di Jitra

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Sekolah Menengah Agama Nahdatul Hasanah di sini menerima khabar baik hari ini apabila diperuntukkan RM1.5 juta untuk membaik pulih bangunannya yang semakin uzur.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata peruntukan itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai memenuhi janji semasa pilihan raya umum lepas.

"Pada waktu itu, bekas PM (Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengunjungi sekolah tersebut dan meluluskan permohonan pihak sekolah untuk membaik pulih bangunan yang uzur.

"Seingat saya pada waktu itu beliau menyatakan peruntukan sebanyak RM1 juta tetapi yang diluluskan oleh PM sekarang ialah RM1.5 juta. Ini mungkin apabila dilihat keperluan sekolah beliau merasakan bahawa perbelanjaanya akan mencecah RM1.5 juta," katanya kepada pemberita di sini,Ahad.

Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata sehingga kini sekolah itu telah mendidik lebih 10,000 pelajar dan ramai daripada mereka merupakan tokoh masyarakat.

Mukhriz juga meminta pihak sekolah itu memohon terus kepadanya jika ada sebarang keperluan lain.

"Sekolah ini juga telah memohon beberapa unit komputer untuk kegunaan pelajar-pelajar dan kita bernasib baik kerana syarikat Mutiara Smart Computing Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Mimos telah bersetuju menyumbang 10 buah komputer.

"Selain itu sebuah syarikat lagi telah menyumbang perisian 'My Ilmu' yang saya fikir menepati keperluan pelajar dan ini juga akan meringankan beban sekolah, dalam masa sama dapat beri peluang kepada pelajar di sini menggunakan teknologi canggih," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan