Kerajaan Pusat Peruntuk Lebih RM1Bilion Bina Lebuh Raya Di Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Kementerian Kerja Raya memperuntukkan lebih RM1 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk membina lebuh raya pertama bagi Kelantan, yang menghubungkan Pahang-Gua Musang-Kuala Krai, di bawah fasa pertama projek iaitu selama dua tahun.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pembinaannya sudah dimulakan di Simpang Pelangai, Pahang dengan keutamaan diberikan kepada laluan berselekoh.

"Jalan sepanjang 390 kilometer itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir RMK-10," katanya kepada pemberita selepas merasmikan menyuarat agung berkelompok Umno Bahagian Machang di Sekolah Kebangsaan Hamzah 2, Sabtu.

Beliau mengulas kekesalan Ketua Umno Bahagian berkenaan Datuk Jazlan Yaacob kerana Kelantan belum mempunyai rebuh raya dan jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

Shaziman, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata laluan empat lorong yang dibina di bawah Koridor Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) itu akan memendekkan perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata apabila lebuh raya itu siap, ia akan merancakkan proses pembangunan di Kelantan.

Mengenai jalan raya Kuala Krai-Kota Baharu yang begitu sibuk, beliau berkata cadangan membina laluan baru akan dipertimbangkan. Shaziman berkata kementerian mempelawa syarikat swasta yang berminat menyertai konsesi pembinaan dan sedia memberi pertimbangan jika terdapat permohonan.

"Jalan baru, jika ada, boleh mengurangkan kesesakan, terutama pada musim perayaan apabila ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke luar Kelantan pulang berhari raya di kampung masing-masing," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan