BN Sarawak Pertaruh 20 Muka Baru, Kerusi Ba'kelalan Masih Misteri

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan Nasional (BN) menyenaraikan 20 muka baru yang akan bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya Sarawak ke-10 yang akan diadakan pada 16 April depan.

Bagaimanapun bakal calon bagi kerusi N70 Ba'kelalan yang yang diperuntukan kepada Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masih belum diumumkan dan hanya akan diketahui menjelang hari penamaan calon pada Rabu ini.

Selain SPDP yang bakal diwakili seorang muka baru, Parti Pesaka Bumiputra Besatu (PBB) menampilkan 10 muka baru daripada 35 kerusi yang dimiliki parti itu.

Sementara Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), menampilkan tujuh muka baru manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) mempertaruhkan dua muka baru.

Pengumuman itu dibuat oleh Penasihat Khas Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di Ibu Pejabat PBB sebentar tadi.

Ditanya mengapa calon bagi kerusi Ba'kelalan masih belum diumumkan, beliau berkata: "Ia merupakan elemen misteri kepada semua pihak berhubung siapakah bakal bertanding di kerusi berkenaan.

"Kita pastinya akan umumkan calon terbaik nanti yang mempunyai kriteria boleh menang."

Berikut senarai 20 muka baru mengikut parti:

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

N.5 (Demak Laut) - Dr Hazland Abg Hipni

N19 (Kedup) - Maclaine Ben @ Martin Ben

N.20 (Sadong Jaya) - Aidel Lariwoo

N.30 (Saribas) - Ricky @ Mohd Razi Sitam

N.35 (Belawai) - Datuk Talif @ Len Salleh

N.36 (Semop) - Abdullah Saidol

N.49 ( Nangka) - Dr Annuar Rafa'ee

N.62 (Lambir) - Ripin Lamat

N.67 (Telang Usan) - Dennis Ngau

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)

N.9 (Padungan) - Sim Kiang Chiok

N.10 (Pending) - Prof. Dr Sim Kui Hian

N.11 (Batu Lintang) - Sih Hua Tong

N.40 (Meradong) - Ling Kie King

N.45 (Bukit Assek) - Chieng Buong Toon

N.46 (Dudong) - Datuk Tiong Thai King

N.59 (Kidurong) - Ling Kuong Meng

Parti Rakyat Sarawak (PRS)

N.43 (Ngemah) - Alexander Vincent

N.54 (Pelagus) - Stanley Nyitar @ Unja Malang

Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP)

(Belum diumumkan)

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan