Bantah Interlok: Ahli Parlimen Teluk Intan Dan Aktivis Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran, dan seorang aktivis MS Arjunan ditahan di perkarangan Kuil Subraminiyar di Batu Caves, dekat sini, ketika cuba mengadakan sidang media membantah novel Interlok, Ahad.

Manogaran dan Arjunan dari Persatuan Progresif Pelajar Tamil Malaysia (MATSAP) hanya sempat mengadakan sidang media kira-kira lima minit sebelum ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, memberitahu Bernama ketika dihubungi bahawa mereka ditahan kerana tidak mengendahkan amaran polis supaya tidak mengadakan sidang media di situ yang merupakan tempat beribadah.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah bagi pencegahan daripada berkumpul.

Mereka kemudian dibebaskan kira-kira pukul 3.30 petang tadi selepas polis merakamkan kenyataan mereka.

Sebelum ini, ada pihak-pihak tertentu cuba mengadakan demonstrasi membantah penggunaan novel Interlok sebagai komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang tidak disenangi oleh masyarakat India.

Bagaimanapun, kerajaan telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif itu.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan