Tukang Emas Maut Terjatuh Dari Rumah Kedai

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang tukang emas berusia 25 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua rumah kedai yang didiaminya di Jalan Tingkat Off Jalan Tengku Kelana di sini awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, mangsa, S.Karthi yang masih bujang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata lelaki itu dipercayai sedang mencuci emas di singki yang terletak bersebelahan dengan tingkap apabila emas itu tiba-tiba terjatuh melalui tingkap itu ke atas bumbung asbestos di bangunan rumah kedai berkenaan.

"Mangsa cuba memanjat bumbung itu untuk mengambil emas tersebut tetapi bumbung itu kemudian bocor menyebabkan mangsa terjatuh dari ketinggian 3.96 meter ke sebuah bilik kosong di tingkat bawah rumah kedai berkenaan yang berkunci dari luar.

"Mayat mangsa ditemui oleh rakan serumahnya yang kemudian menghubungi pihak polis," katanya.

Mohamad berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat.

Beliau menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan