Pilihan Raya DUN Sarawak: Kerajaan Terus Gilap Potensi Belia - ADUN Pantai Damai

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUCHING: Kerajaan akan terus menggilap potensi golongan muda terutamanya dalam usaha menyedarkan kelompok berkenaan agar lebih bersedia untuk memimpin masyarakat pada masa akan datang.

Sambil menyifatkan golongan muda sebagai 'pejuang barisan depan', Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, golongan berkenaan berupaya menjadi benteng bagi menggempur pelbagai tohmahan pembangkang.

"Mereka adalah generasi muda yang kita latih dan asuh untuk memimpin masyaralat belia.

"Kita dapat lihat sehingga hari ini, keinginan dan keghairahan anak-anak muda untuk bersama kita dalam BN sangat kuat dan menebal. Mereka inilah pejuang barisan depan BN yang akan memastikan kita dapat menggempur pihak lawan," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu menyertai konvoi bermotosikal Pemuda BN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Konvoi yang disertai 300 buah motosikal pelbagai jenis melibatkan kira-kira 550 peserta itu bermula di Masja, Petra Jaya dan berkahir di Kampung Sourabaya Ulu.

Selain itu, Dr Abdul Rahman optimis bahawa belia di kawasan Pantai Damai akan menyokong BN.

"Saya nak tegaskan di sini bahawa belia-belia di kawasan pantai damai rata-ratanya penyokong kuat BN sejak dahulu sampai sekarang dan masa datang.

"Mereka ini adalah kekuatan kita untuk raih sokongan pengundi muda," katanya sambil menyatakan bahawa seramai 824 pengundi baru di kawasan DUN berkenaan telah didaftarkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan