Hentian Puduraya Beroperasi 16 April Ini

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hentian Puduraya akan memulakan operasinya pada 16 April ini dengan kemudahan yang disediakan hampir setanding dengan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pemaju Uda Holdings Berhad yang akan memastikan semuanya siap mengikut jadual kali ini.

"Pada 16 April ini saya akan turun (ke Hentian Puduraya). Pada laporan yang saya terima persiapan berjalan dengan baik. Dalam dua minggu ini saya yakin kerja-kerja utama akan siap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hentian Puduraya sepatutnya dibuka semula pada 1 Mac lalu selepas kerja-kerja menaik taraf dimulakan pada Jun 2009, namun ditangguhkan sehingga 16 April ini bagi membolehkan pemaju menyiapkan kerja yang terbengkalai.

Raja Nong Chik berkata, kemudahan yang disediakan di Hentian Puduraya akan memberi keselesaan kepada pengguna selain lokasinya yang strategik dan berintegrasi dengan pengangkutan awam lain.

Beliau berkata meskipun kemudahan yang disediakan tidak 100 peratus seperti TBS-BTS, ia tetap akan memberi keselesaan kepada orang ramai.

Terdahulu Raja Nong Chik melepaskan 35 pasukan 'treasure hunt' anjuran Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) yang akan menjelajah sehingga ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemenang pertama 'mencari harta karun' itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta piala pusingan Tan Sri Isa Samad, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Presiden Asas Tan Sri Dr Samsudin Hitam berkata, Asas melalui Yayasan Amal Asas akan menyampaikan sumbangan sebanyak RM18,000 kepada Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Port Dickson di Kampung Baru Sirusa, Port Dickson petang ini selain sumbangan barangan keperluan harian untuk keluarga kurang berkemampuan di kampung itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan