ADUN Lenggeng Masih Wakil Rakyat: Najib

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim masih lagi wakil rakyat bagi kawasan itu.

Katanya, ADUN Barisan Nasional (BN) itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban keatasnya semalam.

Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan ADUN berkenaan, dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, Sabtu.

Pada perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, hanya rakyat yang boleh menilai kebenaran kes video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

"Saya tidak mahu ulas perkara ini. Biarlah rakyat yang tentukan. Saya hanya mahu kebenaran bukan persepsi," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video seks dikatakan melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan