62 Pegawai Kastam Ditahan Setakat Ini - SPRM

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

"Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta(disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta," katanya.

Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang.

Pelabuhan lain ialah Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, katanya.

"Antara penemuan daripada operasi itu ialah simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 di dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.

"Semalam, tiga beg dijumpai di rumah pegawai yang mengandungi wang tunai berjumlah RM625,250, lima ketul jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 dan dua pucuk pistol tiruan bersama 241 butir peluru," katanya.

Mustafar juga mendedahkan terdapat pegawai yang mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan Kastam sejak lima bulan lalu.

"Kita juga mengesan sejumlah RM10,000 setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun dan terdapat tujuh transaksi sudah dijalankan.

"Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan berjenama mewah daripada emas," katanya.

Katanya di rumah Pengarah Kastam yang ditahan dan masih direman ketika ini, pihaknya menemui wang tunai berjumlah RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek.

"Kita masih menyiasat harta yang dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgit, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, itu masih dalam siasatan," katanya.

Mustafar berkata fokus utama pelaksanaan operasi itu ialah bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan dan membersihkan amalan rasuah pada kalangan warga Kastam.

Katanya siasatan pasukan petugas khas yang diketuai SPRM itu juga mendapati secara keseluruhannya lebih RM10 bilion telah diseludup keluar menerusi penghantaran wang secara tidak sah.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan