Selangor Luluskan Enakmen Kebebasan Maklumat

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2010 telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Jumaat selepas bacaan ketiga dibentangkan.

Di bawah enakmen itu, orang ramai diberi kebenaran untuk melihat sendiri dokumen-dokumen rasmi kerajaan negeri.

Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong yang membentangkan enakmen tersebut untuk bacaan kali ketiga berkata ia merupakan satu peristiwa yang bersejarah bukan sahaja di Selangor malah Malaysia.

“Belum ada negeri yang berani melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat. Inilah hasil daripada kuasa rakyat,” katanya pada sidang DUN di sini, Jumaat.

Beliau berkata pindaan untuk bahagian-bahagian tertentu pada enakmen tersebut telah dibentangkan pada bulan Julai tahun selepas telah diterima oleh kerajaan negeri.

Wong berkata enakmen tersebut akan menjadi satu undang-undang yang dinamik, dan ini menunjukkan penggubal undang-undang di Selangor telah sedia untuk melakukan perubahan mengenainya.

“Hari ini kita luluskan enakmen, namun dalam tempoh enam hingga tujuh bulan kita akan mencari jalan penambaikan serta menerima cadangan-cadangan pindaan yang sesuai,” katanya.

Wong mendakwa terdapat juga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang telah dilantik untuk menyertai jawatankuasa mengkaji draf enakmen tersebut bagaimanapun mereka tidak hadir pada mesyuarat tersebut.

“Mereka adalah peluang untuk mencipta sejarah bersama rakyat Selangor tetapi mereka melepaskannya inilah yang dikesalkan,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan