Pilihan Raya DUN Sarawak: PKR, DAP Selesai Bahagi Kerusi

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing mencapai kata sepakat berhubung pertukaran kerusi yang bakal ditandingi pada pilihan raya Sarawak yang akan diadakan pada 16 April depan.

DAP akan bertanding di kerusi Padungan yang sebelum ini diwakili oleh Dominique Ng Kim Ho daripada PKR sementara PKR dilihat akan bertanding di kerusi Batu Lintang yang disandang wakil DAP, Voon Lee Shan.

Keputusan itu diumumkan pada sidang media khas berhubung kerusi yang akan ditandingi DAP dan PAS di sini malam Khamis.

DAP akan bertanding di 15 kerusi yang majoriti terdiri daripada masyarakat Cina iaitu Padungan (N9), Pending (N10), Kota Sentosa (N12), Batu Kawah (N13), Simanggang (N27), Repok (N29), Meradong (N40), Bukit Assek (N45) serta Pelawan (N48).

Selain itu ialah di Bawang Assan (N47), Piasau (N63), Pujut (N64), Kidurong (N59), Bukit Kota (N68) dan Dudong (N46).

Sementara itu PAS akan bertanding di lima kerusi iaitu di Sadong Jaya (N20), Sebuyau (N22), Beting Maro (N24), Muara Tuang (N15) dan Tanjong Datu (N3).

Sementara itu Dominique ketika dihubungi berkata beliau terkejut dengan keputusan berkenaan apabila PKR sedia melepaskan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya 2006 kepada DAP.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi berkenaan dengan bertanding atas tiket bebas, beliau berkata: "Saya akan mempertimbangkan segala kemungkinan yang ada sebelum membuat apa-apa keputusan."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan