Pemberian Geran Tanah Adat Bukti BN Tunai Janji

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Pemberian geran tanah hak adat (NCR) kepada pemilik tanah yang menyertai skim Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) di kawasan Bidayuh, mencerminkan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) memenuhi janjinya, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi negeri Datuk Seri Michael Manyin.

Beliau berkata di bawah Seksyen 18, Ordinan Salcra, semua tanah NCR yang dibangunkan di bawah skim Salcra bagi tanaman sawit akan disukat dan diberikan geran kekal dengan syarat tiada transaksi dilakukan dalam 10 tahun pertama.

"Ini adalah cara BN. (Kerajaan) BN tidak menipu atau membuat janji kosong kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran tanah kepada 462 peserta Salcra di ladang sawit Kedup II, kira-kira 20km dari sini, Jumaat.

Sebanyak 794 lagi pemilik tanah NCR akan menerima geran mereka menjelang Julai tahun ini di daerah Serian, di mana 11,000 hektar sedang dibangunkan oleh Salcra dan di daerah Bau melibatkan 12,000 hektar.

Dengan dividen tahunan yang dinikmati para peserta Salcra, beliau berkata kerajaan telah melenyapkan kesangsian di kalangan rakyat pada peringkat awal projek itu dibangunkan di kawasan berkenaan.

Salcra setakat ini telah memberikan perkhidmatan baik kepada rakyat walaupun lokasi skim itu berselerak, yang menelan kos tinggi dan sukar untuk dikendalikan daripada segi pengurusan, katanya.

Mengenai pertikaian membabitkan tanah, katanya kerajaan akan meminta bantuan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam urusan dokumentasi tanah NCR sebelum tanah yang dipertikaikan itu sedia untuk disukat.

Beliau berkata isu tanah NCR jarang berlaku di kawasan Bidayuh, di enam kawasan Dewan Undangan Negeri, tetapi telah dieksploitasi oleh pembangkang untuk memperkecilkan pemimpin BN negeri termasuk menteri negeri seperti dirinya.

Sementara itu, seorang daripada penerima geran tanah itu, Puun Rundan, 62, pekerja sambilan di ladang yang membayar RM10 untuk tambang van dari Kampung Bugu Mawang ke majlis itu, berkata beliau bersyukur kerana diberikan geran bagi dua hektar tanah NCR miliknya yang merupakan satu jaminan bagi dirinya.

Linggok Pait, 72, dari Kampung Merian Bedup berkata beliau telah menerima dividen sejak menyertai skim Salcra, yang turut memberi pendapatan tambahan kepadanya yang mengusahakan tanaman lada hitam kecil-kecilan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan