Pelajar Wajib Lulus Ujian Kelayakan B. Arab Sebelum Ke Al-Azhar

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai tahun ini pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir diwajibkan mengikuti peperiksaan kelayakan Bahasa Arab oleh universiti itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mengikuti peperiksaan itu akan dinilai berdasarkan tiga tahap iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.

"Calon-calon yang cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke Al-Azhar, manakala calon yang menunjukkan pencapaian sederhana akan diminta mengikuti kelas Bahasa Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab di universiti itu di Kaherah.

"Bagi calon-calon yang didapati lemah, mereka diminta mengikuti kelas Bahasa Arab di kolej (maahad) Bahasa Arab Universiti Al-Azhar di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat.

Mohamed Khalid berkata, syarat baru itu dipersetujui bersama oleh Syeikh Al-Azhar, Dr Ahmad Mohamed El-Tayeb ketika lawatan rasmi beliau selama lima hari ke Mesir pada 16 hingga 20 Mac lepas.

Dalam lawatan itu, Mohamed Khaled turut bertemu rakan sejawatannya, Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Mesir, Dr Amr Ezzat Salam.

Mohamed Khaled berkata, dengan pengenalan syarat baru itu, sebuah kolej Bahasa Arab akan ditubuhkan berserta tenaga pengajar dari Al-Azhar.

Bagi mengatasi masalah penuntut Malaysia yang gagal menamatkan pengajian di universiti itu disebabkan masalah bahasa, beliau berkata, penuntut yang dikenalpasti lemah dalam menguasai Bahasa Arab akan dimasukkan ke Pusat Bahasa Arab di Kaherah.

Jika terdapat kumpulan penuntut yang gagal disebabkan kesukaran memahami pengajian di kuliah, pihak universiti akan mewujudkan kelas berbayar untuk mereka, katanya.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga akan menilai semula beberapa universiti di negara itu termasuk Universiti Mansurah, Universiti Tanta dan Universiti Zagazig bagi memastikan universiti berkenaan mempunyai persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang kondusif serta mempunyai kualiti pengajian tinggi yang sewajarnya.

Menurut rekod kementerian, terdapat 11,319 penuntut Malaysia dalam pelbagai bidang di beberapa universiti di negara itu dengan 6,135 orang pelajar menuntut dalam bidang pengajian Islam dan 5,184 orang dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan